Isu syarikat Talam di Selangor Chua_Tee_Yong

Pada Julai 2012, Chua Tee Yong mendedahkan bahawa syarikat Talam Corporation Berhad (kini Trinity Corporation) berjaya menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada kerajaan Selangor pada harga RM181 juta. Harga itu RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.Sedangkan tanah itu masih belum bebas daripada bebanan dan masih digadai kepada institusi kewangan. Malah 1,013 ekar atau 44 peratus daripadanya mempunyai komplikasi. 438 ekar tanah itu adalah tanah yang berada di bawah air dan perlu kos RM50 hingga RM100 juta untuk tebusguna tanah. 575 ekar lagi, kerajaan Selangor telah mewartakannya sebagai 'kawasan simpanan untuk hutan dan ekologi' yang tiada banyak nilai komersil. Wujud taktik pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat. Tee Yong mencabar Abdul Khalid mendedahkan segala transaksi memandangkan Pakatan Rakyat mendakwa mereka mengamalkan pentadbiran telus dan adil.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa Kerajaan negeri Selangor akan mendakwa mereka yang memfitnah mereka telah menyalahguna dana bernilai RM1 bilion. [2] Malah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa kerugian Talam hampir selesai apabila proses pemulihan hutang dibuat oleh kerajaan Selangor. Talam telah melupuskan aset bernilai RM676 juta bagi melunaskan hutang RM392 juta.[3][4] Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed menyatakan BN Selangor akan membuat laporan kepada SPRM, Bahagian Jenayah Komersial PDRM, Bursa Saham Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berhubung isu Talam.[5] Dedahkan juga rekod transaksi hartanah yang dimiliki oleh KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.[6]